Tuesday, September 29, 2015

o   Undang-undang 99 Perak

Undang-undang 99 Perak ini berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke-17 oleh Syed Hussain al-Faradz dari Hadratmaut . Ianya disusun dalam bentuk dialog yang dituturkan oleh Raja Nusyirawan dengan Menteri Buzurgmihr yang menjadiasas Undang-undang 99 Perak. Undang-undang ini mempunyai Adat Perpatih yang mengandungi hampir semua perkara yang berkaitan dengan hak pemerintahan , perhambaan , jenayah , pembahagian harta , perkahwinan dan pertelingkahan kecil.

Antara aspek perundangan yang terdapat didalam Undang-undang 99 Perak ini adalah:

i.  Tugas dan tanggungjawab sebagai pemerintahan.
ii.  Kriteria serta cara pemilihan dan perlantikan para pengawai yang diambil untuk      berkhidmat dibawah kerajaan.
iii.  Peraturan dan istiadat seperti menghadap, memilih dan melantik raja serta adat semasa  berada didalam istana.
iv. Jenayah seperti hukuman mencuri, mendera serta membunuh hanya dilakukan dengan    perintat daripada raja sahaja.
v.  Perundangan berkaitan pertanian dan perternakan
vi. Urusan kekeluargaan seperti perkahwinan, perceraian, pembahagian harta dan    pengizinaan.


o   Undang-undang Pahang

Undang-undang Pahang ini digubal pada tahun 1596 semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul al-Ghaffar Muhaiyuddin Shah. Undang-undang Pahang menggunakan hampir sepenuhnya peraturan berdasarkan hukum Islam. Daripada 68 fasal semuanya, 42 fasal merupakan terjemahan daripada undang-undang fiqh mazhab Shafi’e. Menurut pendapat W.Linehan, selepas tahun 1450 Masihi, agama Islam dijadikan agama rasmi di negeri itu. Berpandukan fakta sejarah, penerimaan agama Islam di Pahang dikatakan berlaku pada abad ke-15 Masihi atau lebih tepat selepas negeri itu ditakluki oleh Melaka.

                      I.     Adat lembaga negeri, keistimewaan raja serta pemerintah.
                    II.     Undang-undang jenayah, penderhakaan, penzinaan dan   
undang-undang awam.



Kesimpulannya undang-undang ini dapat menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan berasaskan hukum syarak sebagai panduan.

·         Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran

Sehingga kini sistem pemerintahan beraja diamalkan. Raja atau sultan menjadi tonggak utama dalam sistem ini dan dibantu oleh para pembesar di peringkat negeri dan daerah serta penghulu diperingkat kampung . Sultan juga merupakan lambang kedaulatan negeri . Raja yang berdaulat memiliki kesempurnaan , kebolehan dan keistimewaan dalam mentadbir kerajaan . Baginda akan memastikan tugas yang diamanahkan kepada pembesar dan rakyat dilaksanaakan . Kedaulatan dapat menjamin keamanan , kesetiaan dan sokongan rakyat terhadap pemerintahan tersebut . Kecemerlangan , keunggulan peribadi dan keplahlawanan sultan menentang musuh akan mengukuhkan kedaulatannya . Perintah raja atau sultan mesti dilaksanakan dan kepada sesiapa yang tidak menurut perintah akan dianggap sebagai menderhaka dan akan ditimpah tulah ( bencana ) .

Tugas pembesar kerajaan melayu :

Ø  Pembesar peringkat negeri

Membantu pentadbiran dan melaksanakan perintah sultan dan diberikan kuasa mentadbir dan mengutip cukai di kawasan tertentu .

Ø  Pembesar peringkat jajahan dan daerah

Dilantik terus oleh sultan melalui pemberian yang bertauliah . Tugasnya adalah untuk menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan jajahan . Mempertahankan kedaulatan negeri  dan akan menyerahkan sebahagian hasil dan cukai kepada kerajaan serta menyediakan tenaga kerja .

Ø  Pembesar peringkat kampung

Tugas ketua kampung atau penghulu kampung adalah untuk memunggut cukai , membekalkan tenaga tentera , mengekalkan taat setia masyarakat kampung dan menjadi perantaaran antara pembesar dengan rakyat .
Didalam pentadbiran kampung , terdapat juga golongan yang terpenting iaitu golongan agama dan magis .

GOLONGAN AGAMA
AHLI MAGIS
    ·    Merupakan golongan cerdik pandai dalam agama Islam.
    ·    Penting dalam urusan pemerintahan.
    ·    Menjadi penasihat sultan, kadi, mufti atau pembesar negeri.
    ·    Berdakwah dan mengendalikan pengajian agama.
    ·    Menghasilkan karya agama.
    ·    Pada peringkat kampung, tugasnya sebagai imam, khatib, bilal dan jurunikah.
    ·     Ahli magis merupakan pawang atau bomoh.
    ·     Mereka mahir dalam bidang perubatan.
    ·     Berkemampuan mengubati dan        menyembuhkan penyakit.
    ·    Berpengetahuan tentang khasiat akar kayu dan herba.
    ·    Dilantik menjadi pemimpin dalam masyarakat kampung.

Kedaulatan akan diperkukuhkan dengan alat-alat kebesaran dan keistimewaan tertentu yang tidak boleh digunakan oleh rakyat biasa. Antaranya cop mohor diraja, tengkolok atau destar, keris, pedang , kembing dan tombak berambu, payung ubur-ubur berwarna kuning, kendir, ketur, kipas dan tepak sirih, penggunaan warna kuning sebagai perhiasan pada sapu tangan dan tepi tabir. Payung putih untuk anak raja manakala payung kuning untuk raja dan nobat     (alat muzik diraja)

Saturday, September 26, 2015

KEISTIMEWAAN MELAKA

Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;

1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.

2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.

3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.







KEGEMILANGAN MELAKA

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar TunPerpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

Sinopsis

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan oleh Parameswara, bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan Majapahit, pada tahun1400 -1403. Pada awalnya Baginda telah lari mencari perlindungan di Temasik (ketika itu dikuasai oleh Siam). Diancam Siam apabila membunuh Temagi (pemerintah Temasik). Melaka mulanya merupakan perkampungan kecil-berkembang menjadi pusat perdagangan (Mengambil alih peranan Srivijaya) Pengislaman Parameswara pada tahun 1414  telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini. Zaman Keagungan Melaka  adalah semasa pemerintahan Sultan  Mansur Syah dan zaman kejatuhan pula adalah zaman Sultan Mahmud Shah


Faktor perkembangan

Pemerintah yang berwibawa.

Parameswara berasal dari pada keturunan diraja Palembang mengetahui selok belok pentadbiran sebuah kerajaan. Dapat menilai potensi Melaka daripada sebuah perkampungan kecil & mundur. Menjalinkan hubungan dengan China selepas menubuhkan kerajaan.

Bendahara Tun Perak terkenal dengan pentadbiran yang baik, berkhidmat di bawah  Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka hubungan diplomatik.

Hubungan dengan kuasa seperti China, India, Arab dan Siam Melaka mendapat perlindungan China (ancaman Kerajaan Siam) memudahkan Melaka untuk mempunyai tanah jajahan yang luas.

Sistem pentadbiran yang teratur

Sultan Melaka adalah ketua negeri, ketua agama Islam dan ketua tentera. Baginda dibantu oleh pembesar 4 lipatan iaitu :

Pembesar yang diketuai oleh pembesar berempat dibantu pembesar berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua.

Undang-Undang yang sistematik

Sistem pentadbiran yang teratur seperti Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka yang berlandaskan kepada undang-undang Islam.

Pengurusan Perdaganganyang Cekap

Terdapat golongan penting menguruskan perdagangan seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Mereka bertanggungjawab dalam hal perdagangan, perkapalan dan pelayaran 

Kumpulan Pengajian Malaysia PNS DEC1A

- Janrthnan Ponnusamy - 23DEC15F1040
- Thevakar Batumalai - 23DEC15F1019
- Muhammad Asyraf Abd Aziz - 23DEC15F1011