o Undang-undang 99 Perak
Undang-undang 99 Perak ini berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke-17 oleh Syed Hussain al-Faradz dari Hadratmaut . Ianya disusun dalam bentuk dialog yang dituturkan oleh Raja Nusyirawan dengan Menteri Buzurgmihr yang menjadiasas Undang-undang 99 Perak. Undang-undang ini mempunyai Adat Perpatih yang mengandungi hampir semua perkara yang berkaitan dengan hak pemerintahan , perhambaan , jenayah , pembahagian harta , perkahwinan dan pertelingkahan kecil.
Antara aspek perundangan yang terdapat didalam Undang-undang 99 Perak ini adalah:
i. Tugas dan tanggungjawab sebagai pemerintahan.
ii. Kriteria serta cara pemilihan dan perlantikan para pengawai yang diambil untuk berkhidmat dibawah kerajaan.
iii. Peraturan dan istiadat seperti menghadap, memilih dan melantik raja serta adat semasa berada didalam istana.
iv. Jenayah seperti hukuman mencuri, mendera serta membunuh hanya dilakukan dengan perintat daripada raja sahaja.
v. Perundangan berkaitan pertanian dan perternakan
vi. Urusan kekeluargaan seperti perkahwinan, perceraian, pembahagian harta dan pengizinaan.
o Undang-undang Pahang
Undang-undang Pahang ini digubal pada tahun 1596 semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul al-Ghaffar Muhaiyuddin Shah. Undang-undang Pahang menggunakan hampir sepenuhnya peraturan berdasarkan hukum Islam. Daripada 68 fasal semuanya, 42 fasal merupakan terjemahan daripada undang-undang fiqh mazhab Shafi’e. Menurut pendapat W.Linehan, selepas tahun 1450 Masihi, agama Islam dijadikan agama rasmi di negeri itu. Berpandukan fakta sejarah, penerimaan agama Islam di Pahang dikatakan berlaku pada abad ke-15 Masihi atau lebih tepat selepas negeri itu ditakluki oleh Melaka.
I. Adat lembaga negeri, keistimewaan raja serta pemerintah.
II. Undang-undang jenayah, penderhakaan, penzinaan dan
undang-undang awam.
undang-undang awam.
Kesimpulannya undang-undang ini dapat menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan berasaskan hukum syarak sebagai panduan.
No comments:
Post a Comment