· Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran
Sehingga kini sistem pemerintahan beraja diamalkan. Raja atau sultan menjadi tonggak utama dalam sistem ini dan dibantu oleh para pembesar di peringkat negeri dan daerah serta penghulu diperingkat kampung . Sultan juga merupakan lambang kedaulatan negeri . Raja yang berdaulat memiliki kesempurnaan , kebolehan dan keistimewaan dalam mentadbir kerajaan . Baginda akan memastikan tugas yang diamanahkan kepada pembesar dan rakyat dilaksanaakan . Kedaulatan dapat menjamin keamanan , kesetiaan dan sokongan rakyat terhadap pemerintahan tersebut . Kecemerlangan , keunggulan peribadi dan keplahlawanan sultan menentang musuh akan mengukuhkan kedaulatannya . Perintah raja atau sultan mesti dilaksanakan dan kepada sesiapa yang tidak menurut perintah akan dianggap sebagai menderhaka dan akan ditimpah tulah ( bencana ) .
Tugas pembesar kerajaan melayu :
Ø Pembesar peringkat negeri
Membantu pentadbiran dan melaksanakan perintah sultan dan diberikan kuasa mentadbir dan mengutip cukai di kawasan tertentu .
Ø Pembesar peringkat jajahan dan daerah
Dilantik terus oleh sultan melalui pemberian yang bertauliah . Tugasnya adalah untuk menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan jajahan . Mempertahankan kedaulatan negeri dan akan menyerahkan sebahagian hasil dan cukai kepada kerajaan serta menyediakan tenaga kerja .
Ø Pembesar peringkat kampung
Tugas ketua kampung atau penghulu kampung adalah untuk memunggut cukai , membekalkan tenaga tentera , mengekalkan taat setia masyarakat kampung dan menjadi perantaaran antara pembesar dengan rakyat .
Didalam pentadbiran kampung , terdapat juga golongan yang terpenting iaitu golongan agama dan magis .
GOLONGAN AGAMA
|
AHLI MAGIS
|
· Merupakan golongan cerdik pandai dalam agama Islam.
· Penting dalam urusan pemerintahan.
· Menjadi penasihat sultan, kadi, mufti atau pembesar negeri.
· Berdakwah dan mengendalikan pengajian agama.
· Menghasilkan karya agama.
· Pada peringkat kampung, tugasnya sebagai imam, khatib, bilal dan jurunikah.
|
· Ahli magis merupakan pawang atau bomoh.
· Mereka mahir dalam bidang perubatan.
· Berkemampuan mengubati dan menyembuhkan penyakit.
· Berpengetahuan tentang khasiat akar kayu dan herba.
· Dilantik menjadi pemimpin dalam masyarakat kampung.
|
Kedaulatan akan diperkukuhkan dengan alat-alat kebesaran dan keistimewaan tertentu yang tidak boleh digunakan oleh rakyat biasa. Antaranya cop mohor diraja, tengkolok atau destar, keris, pedang , kembing dan tombak berambu, payung ubur-ubur berwarna kuning, kendir, ketur, kipas dan tepak sirih, penggunaan warna kuning sebagai perhiasan pada sapu tangan dan tepi tabir. Payung putih untuk anak raja manakala payung kuning untuk raja dan nobat (alat muzik diraja)
No comments:
Post a Comment