Sinopsis
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan oleh Parameswara, bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan Majapahit, pada tahun1400 -1403. Pada awalnya Baginda telah lari mencari perlindungan di Temasik (ketika itu dikuasai oleh Siam). Diancam Siam apabila membunuh Temagi (pemerintah Temasik). Melaka mulanya merupakan perkampungan kecil-berkembang menjadi pusat perdagangan (Mengambil alih peranan Srivijaya) Pengislaman Parameswara pada tahun 1414 telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini. Zaman Keagungan Melaka adalah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah dan zaman kejatuhan pula adalah zaman Sultan Mahmud Shah
Faktor perkembangan
Pemerintah yang berwibawa.
Parameswara berasal dari pada keturunan diraja Palembang mengetahui selok belok pentadbiran sebuah kerajaan. Dapat menilai potensi Melaka daripada sebuah perkampungan kecil & mundur. Menjalinkan hubungan dengan China selepas menubuhkan kerajaan.
Bendahara Tun Perak terkenal dengan pentadbiran yang baik, berkhidmat di bawah Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka hubungan diplomatik.
Hubungan dengan kuasa seperti China, India, Arab dan Siam Melaka mendapat perlindungan China (ancaman Kerajaan Siam) memudahkan Melaka untuk mempunyai tanah jajahan yang luas.
Sistem pentadbiran yang teratur
Sultan Melaka adalah ketua negeri, ketua agama Islam dan ketua tentera. Baginda dibantu oleh pembesar 4 lipatan iaitu :
Pembesar yang diketuai oleh pembesar berempat dibantu pembesar berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua.
Undang-Undang yang sistematik
Sistem pentadbiran yang teratur seperti Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka yang berlandaskan kepada undang-undang Islam.
Pengurusan Perdaganganyang Cekap
Terdapat golongan penting menguruskan perdagangan seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Mereka bertanggungjawab dalam hal perdagangan, perkapalan dan pelayaran
No comments:
Post a Comment